Hijab with 5 layers of makeup, is NOT hijab. Hijab with tight clothes on is NOT hijab. Hijab with hair on the side is NOT hijab. Hijab with a bad attitude is NOT hijab.
For beautiful eyes, look at fitna-free stuff. For beautiful face, stay natural. For a beatiful attitude, stay away from bad deeds. For a beautiful look, wear the uniform that ALlah gave you. For beautiful lips, speak the words of ALlah.
Oh Sister, THAT is hijab!
http://nasuha.tumblr.com/
Bagiku sebaik-baik pakaian ialah taqwa.
Hijab adalah hidayah dari ALlah untuk umatnya, beruntunglah orang yang mendapat hidayah lebih-lebih lagi di Ramadhan ini. Tahniah Catriona Ross Kerana Memilih Hijab!
PERUBAHAN imejnya mengundang perhatian ramai ketika bertandang ke Balai Berita baru-baru ini. Sungguh, dia sangat cantik bertudung hingga pujian meniti di bibir beberapa teman media yang menyapa. Sambil tersenyum manis, pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini meminta izin ke studio kerana jurusolek sedia menunggu.
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman… Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya… Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab… Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya… Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan… Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus… Bahkan akan semakin membengkok… Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…
Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata… Tapi binalah kepimpinan… Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya… Jinakkan diri kepada allah… Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu… Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’ Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Engkaulah wanita istimewa