Real Time New York Gold Price

Live 24 hours gold chart [Kitco Inc.]
Gold Price Per Gram in Ringgits MYR Per Gram
Gold Price Per Gram in Ringgits MYR Per Oz
Gold Price Per Kilo in Ringgits MYR Per Kilo

Tentang Aku

aku hanya hamba Allah yang tidak terlepas dari catatan dua "blogger" tetap di kiri & kanan, raqib & atit.

... ini adalah "catatan pendua" yg byk tertinggal kandunganya...

email: paksu (dot) im (at) gmail (dot) com

Sunday, October 24, 2010

[iQ] Maher Zain - Open Your Eyes


Tuesday, August 24, 2010

Cinta Fatamorgana


Antara Dua Cinta

Album : Allahu
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Sunday, August 15, 2010

Hijab : Nafas Baru di Ramadhan ini

Hijab with 5 layers of makeup, is NOT hijab. Hijab with tight clothes on is NOT hijab. Hijab with hair on the side is NOT hijab. Hijab with a bad attitude is NOT hijab.

For beautiful eyes, look at fitna-free stuff. For beautiful face, stay natural. For a beatiful attitude, stay away from bad deeds. For a beautiful look, wear the uniform that ALlah gave you. For beautiful lips, speak the words of ALlah.

Oh Sister, THAT is hijab!

http://nasuha.tumblr.com/


Bagiku sebaik-baik pakaian ialah taqwa.

Hijab adalah hidayah dari ALlah untuk umatnya, beruntunglah orang yang mendapat hidayah lebih-lebih lagi di Ramadhan ini.

Tahniah Catriona Ross Kerana Memilih Hijab!


PERUBAHAN imejnya mengundang perhatian ramai ketika bertandang ke Balai Berita baru-baru ini. Sungguh, dia sangat cantik bertudung hingga pujian meniti di bibir beberapa teman media yang menyapa. Sambil tersenyum manis, pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini meminta izin ke studio kerana jurusolek sedia menunggu.

lagi ... baca

Sunday, August 1, 2010

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN.

Pendapat Ulama
Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat:

a. Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali .

b. Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie

c. Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.

Dalil

• Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
لا يتقدّمنّ أحدكم رمضان بصوم يوم أو يومين، إلا أن يكون رجل كان يصوم صومه فليصم ذلك اليوم
Maksudnya : “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”

Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.

• Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
Maksudnya: “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”

• Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.

Pendapat Yang Rajih

- Tidak ada larangan berpuasa selepas setengah Syaaban, kecuali dalam hadis Abu hurairah, “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”. Maka perlu kepada penyelidikan tentang kesahihan atau kedhaifannya.

- Hadis ini diperselisihkan pada kedudukannya. Ada yang menilainya sahih seperti: Imam Tirmizi, Al-Hakim, Ibn Hazm, Al-Tahawi, Ibn Abdil Barr dan lain-lain.

- Dan ada yang menilainya dhaif seperti Abdul Rahman bin Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah, Al-Atsram, Abu Daud, Baihaqi, Nasai, dan lain-lain.

- Pendapat yang lebih sahih tentang hadis ini -Wallahu A’lam- ialah pendapat yang mendhoifkannya, kerana:

1) Mereka yang menilainya dhaif, lebih pakar dan mahir dalam ilmu hadis dan kecacatan hadis. Kata Ibn Rajab: “Hadis ini dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Hibban, Hakim, Tahawi, dan Ibn Abdil Bar. Dan ia dipertikaikan oleh ulama yang lebih hebat daripada mereka”.

2) Hadis ini menyalahi beberapa fakta lain, antaranya:

i) Mafhum hadis sahih (Bukhari dan Muslim) iaitu hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Ertinya jika lebih daripada dua hari, maka ia tidak dilarang. Maka menunjukkan puasa selepas 15 Syaaban diharuskan.

ii) Hadis Aisyah yang mengatakan Nabi berpuasa hampir keseluruhan Syaaban. Dalam hadis Bukhari dan Muslim, kata Aisyah: “Bahawa Rasulullah SAW berpuasa Syaaban keseluruhannya. Iaitu baginda berpuasa Syaaban kecuali sedikit”. Ini menunjukkan bahawa baginda berpuasa walaupun selepas 15 Syaaban.

Kesimpulan

- Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.

- Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut -dan ia lebih tepat- hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.
Wallahu A’lam.
------
Terima kasih buat Abu Syakirin

Tuesday, July 20, 2010

Periksa Cinta - FuadLatip.com

Di dalam kesibukan kita, kita seringkali lupa sesuatu iaitu memeriksa cinta pada Allah. Kita yakin bahawa kita sudah dan sedang mencintai Allah, namun kita jarang memeriksa benarkah kita memiliki rasa cinta itu?

Kekadang kita terlalu ghairah melakukan sesuatu yang lain sehingga terlupa bahawa cinta kita pada Allah SWT belum sekukuh mana. Ia sekadar di fikiran kita bahawa kita ini cukup ibadah, cukup terima kasih, cukup ingat, cukup khusyuk, cukup cinta pada Allah SWT namun kita tidak cuba periksa rasa cinta itu.

Di manakah tahap rasa cinta kita pada Allah SWT?

Sejauh mana kita mampu berserah menerima segala kehendak Allah SWT untuk apa jua keadaan dan perkara samada kecil atau besar. Marilah kita periksa cinta kita.

Marilah….
Periksa jiwa:

1. Diam dan tenang.
2. Sedar ke Allah SWT
3. Rasakan adakah rasa cinta kita pada Allah?
4. Ada?….jika ada banyak mana?

Rasakan sayang pada pasangan dan anak-anak (atau ibu bapa, kawan-kawan, harta benda). Mana lebih terasa rasa sayang itu? Rasakan terus sayang kita pada Allah….rasakan…Jika tiada,mohonlah dengan bersungguh “Ya Allah, ajari aku untuk mencintaiMu ya Allah agar aku dapat rasakan cintaMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih”.

InshaAllah, pengalaman saya melakukannya setiap hari terutama selepas solat membuatkan saya berasa diri ini terlalu jauh dengan Allah pada mulanya ketika suatu masa dulu….sedangkan Allah SWT sangat dekat.

Alhamdulillah, rasa itu kini semakin hari semakin kuat dan benar-benar merasakan Allah SWT sangat dekat dan sentiasa menjaga diri ini.

Semoga dengan adanya cinta kita pada Allah akan menambahkan keyakinan kita pada Allah SWT dan ia terus meningkat dari wajibul yakin –> ainul yakin –> haqqul yakin yang mana ketika ini kita sentiasa tenang mempertahankan iman kita walaupun diletakkan pisau di leher kita.

Terima kasih ya Allah, terima kasih.

----

Memang tepat sekali, jika jarang meneliti sejauhmana kekuatan cinta kepada ALlah sedang kita sibuk dan bimbang kasih sayang kita pada anak-anak, isteri dan saudara mara. Cukuplah ALlah yang memiliki semua jiwa-jiwa itu dan jiwa kita menjadi sandaran cinta kita. Sesungguh kasih dan cinta sesama makhluk mesti disandarkan kepada cinta kepada ALlah dan Rasul. Bandingkan sejauhmana kita cinta kepada ALlah dan Rasul dengan orang-orang disekeliling kita. Teringat akan Doa Sayyid Qutb dalam mencari cinta hakiki pada ALlah yang esa..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

(As-Syahid Sayyid Qutb)

Wahai Isteriku

Wahai isteriku,

Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya

Wahai isteriku
Haraplah pada Allah SWT
KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu

Wahai isteriku
Jangan sesekali kau menangis keranaku
tetapi menangislah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku

Wahai isteriku
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku

Wahai isteriku
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT

Wahai isteriku
Dikala kau bersedih keranaku
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya

Wahai isteriku
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai isteriku
simpanlah air matamu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah

Wahai isteriku
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu

Wahai isteriku
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai isteriku
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrat
hanya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai isteriku
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu

Wahai isteriku
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT
dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai isteriku, aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku,
malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai isteriku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.

Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah..terima kasih.

[note]: Sekadar luahan hati seorang suami yang hanya sekadar mampu memberikan yang terbaik kepada isteri. Namun kebahagiaan, kepuasan hati, keceriaan, keharmonian, mawadah, kasih sayang dan semua itu adalah datang dari Allah terus ke jiwa isteri. Suami tidak mampu lakukan yang itu. Suami hanya mampu lakukan tanggungjawab yang diberi Allah.

Fuad Latip
14 Julai 2010

Terima kasih Fuad. Pautan asal : Wahai Isteriku