Di dalam kesibukan kita, kita seringkali lupa sesuatu iaitu memeriksa cinta pada Allah. Kita yakin bahawa kita sudah dan sedang mencintai Allah, namun kita jarang memeriksa benarkah kita memiliki rasa cinta itu? Kekadang kita terlalu ghairah melakukan sesuatu yang lain sehingga terlupa bahawa cinta kita pada Allah SWT belum sekukuh mana. Ia sekadar di fikiran kita bahawa kita ini cukup ibadah, cukup terima kasih, cukup ingat, cukup khusyuk, cukup cinta pada Allah SWT namun kita tidak cuba periksa rasa cinta itu. Di manakah tahap rasa cinta kita pada Allah SWT? Sejauh mana kita mampu berserah menerima segala kehendak Allah SWT untuk apa jua keadaan dan perkara samada kecil atau besar. Marilah kita periksa cinta kita. Marilah…. 1. Diam dan tenang. Rasakan sayang pada pasangan dan anak-anak (atau ibu bapa, kawan-kawan, harta benda). Mana lebih terasa rasa sayang itu? Rasakan terus sayang kita pada Allah….rasakan…Jika tiada,mohonlah dengan bersungguh “Ya Allah, ajari aku untuk mencintaiMu ya Allah agar aku dapat rasakan cintaMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih”. InshaAllah, pengalaman saya melakukannya setiap hari terutama selepas solat membuatkan saya berasa diri ini terlalu jauh dengan Allah pada mulanya ketika suatu masa dulu….sedangkan Allah SWT sangat dekat. Alhamdulillah, rasa itu kini semakin hari semakin kuat dan benar-benar merasakan Allah SWT sangat dekat dan sentiasa menjaga diri ini. Semoga dengan adanya cinta kita pada Allah akan menambahkan keyakinan kita pada Allah SWT dan ia terus meningkat dari wajibul yakin –> ainul yakin –> haqqul yakin yang mana ketika ini kita sentiasa tenang mempertahankan iman kita walaupun diletakkan pisau di leher kita. Terima kasih ya Allah, terima kasih. ---- Memang tepat sekali, jika jarang meneliti sejauhmana kekuatan cinta kepada ALlah sedang kita sibuk dan bimbang kasih sayang kita pada anak-anak, isteri dan saudara mara. Cukuplah ALlah yang memiliki semua jiwa-jiwa itu dan jiwa kita menjadi sandaran cinta kita. Sesungguh kasih dan cinta sesama makhluk mesti disandarkan kepada cinta kepada ALlah dan Rasul. Bandingkan sejauhmana kita cinta kepada ALlah dan Rasul dengan orang-orang disekeliling kita. Teringat akan Doa Sayyid Qutb dalam mencari cinta hakiki pada ALlah yang esa.. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, (As-Syahid Sayyid Qutb)
Periksa jiwa:
2. Sedar ke Allah SWT
3. Rasakan adakah rasa cinta kita pada Allah?
4. Ada?….jika ada banyak mana?
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
Tentang Aku
aku hanya hamba Allah yang tidak terlepas dari catatan dua "blogger" tetap di kiri & kanan, raqib & atit.
... ini adalah "catatan pendua" yg byk tertinggal kandunganya...
email: paksu (dot) im (at) gmail (dot) com
... ini adalah "catatan pendua" yg byk tertinggal kandunganya...
email: paksu (dot) im (at) gmail (dot) com
Tuesday, July 20, 2010
Periksa Cinta - FuadLatip.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
paksu,
saya selalu pujuk hati saya bahawa " cinta kepada Allah akan memimpin manusia dlm bercinta sesama mereka"...
meletakkan cinta pada haknya memberi keindahan dan kenikmatan kepada manusia dlm menikmati cinta mereka....sedang cinta yg bukan pada tempatnya mendatangkan kesakitan dan kegelisahan pada jiwa manusia yg gerun pada tuhannya...
rasa cinta boleh datang dari Allah..
namun rasa cinta juga boleh dibisikkan oleh syaitan...
namun ada yg membezakan antara keduanya...
cinta dari Allah turunnya bersama sakinah ,indah dlm kebebasannya bergerak di atas laluan syarak...
cinta dari syaitan, getusannya dari maksud nafsu yg jahat,
menggelisahkan dan meragukan kerana menongkah laluan syarak...
saya mengutip tulisan cinta yg puitis dari Jalaluddin Ar rumi utk dikongsi dgn paksu di sini
Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Sheikh Jalaluddin al-Rumi
Post a Comment