Nama: Ust Adlan bin Abd Aziz. Beliau mengajar di salah sebuah sekolah di ibu kota. Beliau juga aktif menyampaikan kuliah di Lembah Klang, Kuantan dan tempat lain.
Tentang Aku
... ini adalah "catatan pendua" yg byk tertinggal kandunganya...
email: paksu (dot) im (at) gmail (dot) com
Wednesday, October 29, 2008
Adakah Kita Dibenarkan Bertaqlid ?
Monday, October 27, 2008
The Bilderberg Group - Rulers of the World
"The war is not againt Bin Laden. We are the enemy"
Interview with investigator and author, Daniel Estulin, on his book, "The True Story of the Bilderberg Group", which describes an annual gathering where the European and American political elite, and the wealthiest CEOs of the world, all come together to discuss the economic and political future of humanity. Highly secretive, the press has never been allowed to attend, nor have statements ever been released on the group's conclusions or discussions. Also discussed are the Council on Foreign Relations and the Trilateral Commission.
Guns and Butter
- Nov 28th 2007
Sunday, October 12, 2008
Hukum Menghadiahkan Pahala Al-Quran kepada Si Mati
E-Buku Karangan: Abdullah Siddiq Al-Ghumari
Terjemahan dan Ulasan: Muhammad Aidil Azwal bin Zainuddin
Berkaitan : Mayat Tidak Mendengar menurut Pengikut Imam Hanafi
Wednesday, October 8, 2008
WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…
Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Credit : puIsi bUAtmu Wanita= )May 10th, 2007 by inda-hanim
Wanita - Dehearty
Lirik
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Friday, August 8, 2008
Bilderberg 2008 Report
The Bilderberg group is an organization of political leaders and international financiers that meets secretly every spring to make global policy.
Sunday, June 29, 2008
Kedah Berminat Dengan Dinar Emas
A Royal Touch |
On 29 December 2006, His Royal Highness Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah, the Deputy Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia hosted a meeting over tea at the Istana Kedah, in Kuala Lumpur to IGD Group of Companies, headed by Dato' Dr Shamshdeen Yunus. Duli Tuanku showed keen interest in Islamic Gold Dinar (IGD) and its related products and services. Dato' Dr Shamshdeen Yunus explained about IGD and briefed on the achievements of IGD Group including the penetration of the HK and Jakarta markets. Duli Tuanku has indebt knowledge of Shari’ah side of the Gold Dinar and its impact on Riba. IGD Group has presented a number of projects that were welcomed by the Duli Tuanku. The projects included minting of the commemorative coin honoring His Royal Highness Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah for the Tuanku’s contribution to Malaysia and the state of Kedah for 50 years! The commemorative coin will be minted by IGD Group and launched ahead of the celebration day of Duli Tuanku's Golden Jubilee, in the middle of 2008. Issues such as payment of Zakat and dowry with IGD and introducing IGD to His Majesty’s subjects, Kedahans, as a means of saving and investment were also well accepted by the Duli Tuanku and, inshaAllah, there will be a new Wakala in Kedah opened soon. The Wakala will be lead by Tuanku Puteri who is eloquent about IGD and the intrinsic value of gold and even related her hands on experience in coin collections. Following are some of the pictures that capture moments of this significant meeting that brought a Royal Touch into the journey of IGD Group whose aim is the return of the Gold Dinar. |
Terkini : BERSINAR...Sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun
-------------------------------------
Paksu sokong benar kita kembali kepada dinar dan dirham kerana nilainya tetap dipegang pada matawang tersebut, bukan macam duit kertas yang kita gunakan sekarang tiada nilai lansung. Patutnya lama dah kita ikut Kelantan.
Monday, May 12, 2008
Sunday, May 4, 2008
Kalau tak suka, pulangkan
'Tepi! Bahaya tau tak?' Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
'Aimin bawa adik ke belakang.' Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
'Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,' pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
'Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!' Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. 'Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak . Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?' sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
'Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.' Balas isterinya lembut.
'Fail saya kat depan tu mana?'
'Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.'
'Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.' Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
'Laila…' Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
'Saya nak ke out station minggu depan.'
'Lama?' Soal Laila.
'Dalam seminggu.'
'Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?'
'Budak-budak?'
'Ikut jugalah.'
'Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu…'
'Masa tu Amirul kecik lagi.' Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ' Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.' 'Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,' Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.
-------------------------------------
Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
'Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!'
'Manalah saya ada masa..' 'Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!' Dia tersentak dari khayalannya. 'Kalau tak suka pulangkan balik!' Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. 'Mizi, makan!' Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. 'Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.' 'Papa! Makan!' Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. 'Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?'
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
'Awak masak apa?'
'Mama masak sup tulang dengan sambal udang!' jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
'Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!'
'Papa nak ke mana?' Soal isterinya perlahan.
'Keluar!'
'Mama dah masak Pa!'
'Awak saja makan!'
'Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!'
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. 'Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?' Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. 'Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.' 'Abang tak suka tengok papa marah-marah..' 'Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?'
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
----------------------------------------------------------
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
'Laila..' serunya
'Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.' Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
'Sunyi pulak rumah ni mak,'
'Lama-lama kau biasalah.'
Airmatanya menitis laju. 'Kalau tak suka pulangkan!' Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
---------------------------------------------------------
'Papa beli apa untuk Aiman?' Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
'Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.'
'Tak ada lah?'
'Ingat papa ni cop duit?'
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. 'Awak tak sihat ke?'
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
'Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.' Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
'Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!' Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
'Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!'
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
'Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan.' Ujar Laila perlahan
'Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , pecah barang. Gila apa?' Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
'Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.' Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. 'Celaka betul!' Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. 'Abang!'
'Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!' Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
-----------------------------------------------------
'Pak Ngah, Eddie nak balik!' Shamizi terpana. Dia mengangguk. 'Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.' Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
'Papa nak ke mana hensem-hensem gini?' Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. 'Wangi-wangi lagi. Dating ye?'
'Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.' Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
'Ikut boleh?'
'Dia tak ajak family. Staff only!' Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. 'Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.'
'Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. '
'Papa pesanlah..'
'Nantilah besar sikit.' Dalihnya.
'Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.'
'Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,'
Laila terdiam. 'Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.'
'Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.' 'Mama tanya sikit boleh?' Dia mengangguk 'Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?'
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
'Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,' ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
'Kalau tak suka pulangkan!' Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. 'Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!' Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. 'Kalau tak suka pulangkan,'
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
'some things better left unsaid.....u'll never know what u'll loose till its gone.....'
Solat Tahajjud Pengubat Kanser
Tidak percaya? "Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser", ucap soleh. Ayah dua anak itu bukan "tukang ubat" jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam desertasinya yang bejudul "Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi". Dengan desertasi itu, Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universiti Surabaya, yang dipertahankannya. Selama ini, menurut Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medis solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi. Solat tahajjud yang dimaksudkan Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajib). Ia menitikberatkan pada sisi rutin solat, ketetapan gerakan, kekusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikologi.
Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai miseri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekrasi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Soleh, bisa di ukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nml/liter. Sedang pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam normalnya antara 69-345nml/liter. "Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitu sebaliknya". Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang mambantah paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata dogma atau dogtrin.
Soleh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya. Drp 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya ditemukan bahwa kondsi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil. "Jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki persersi dan motivasi positif dan coping yang efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees," Nah, menurut Soleh, orang yang strees(tekanan) itu biasanya retan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi. Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar drp penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan teknik medis menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik
"Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah": (Al-Kautsar:2) Sebuah buki bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskan kita menunggu untuk masuk ke akal kita?"
---------------------------------------------------
Paksu : Sebab itulah berat sungguh nah bangun malam, banyak kelebihanya. Semua ulama' dan ilmuan islam dulu tidurnya kurang.
Makkah dan Haji
Salah satu diantara tanda-tanda Akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk bertamasya, bisnis, riya ( pamer ) atau mengemis.
Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertamasya, orang yang berpunya untuk kepentingan bisnis, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis.
( Diriwayatkan oleh Anas r.a. )
Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangun.
( Diriwayatkan oleh Abu Hurairoh r.a. )
As-sa'ah (Hari Kiamat) tidak akan tiba – hingga manusia berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi ( H.R. Bukhari )
Kita lihat kenyataannya berikut ini.
Pembangunan di area masjidil haram
Gedungnya lebih tinggi dari menara masjid, Semua gedung sedang berlomba-lomba meninggikan bangunannya
Mau kemana lagi ya ?
Wah…..ibadah hajinya gimana nih pak haji dan bu haji, semoga tidak terganggu
pemandangan di luar……..
shopping aje, kalo punya banyak duit bole nginap di hotel berbintang, berapa ya tarifnya………..
Dari padangpasir menjadi kotaimpian….makam rasul sebelah mana ya ?
Ini foto mekkah atau gedungnya
Bangunan pencakar langit
Semoga yang beribadah haji tidak terganggu dengan gemerlap malam kotamekkah.
Pusat perniagaan yg akan segera dibangun
Anak cucu kita sanggup gak datang ke sini kelak……jual sawah berapa hektar ya datang ke sana ????!!!!!…….
mana untanya ya
Mekkah jadi pemandangan menarik. Semoga jamaahnya tidak sepi.
Astagfirullah
Gemerlap kotamekkah di malam hari. Ini bukan Las Vegas !
Mega projek sedang dipersiapkan.
dari google earth
Masjidil haram dan kabah, tempat yang diimpikan umat muslim diseluruh dunia untuk
Menunaikan rukun Islam ke - 5
Tahap demi tahap. Pilih aje hotel idaman kalbu,
.
Pulang dari mekkah serasa pulang dari singapura, LA, New York , London , Paris …..
Las Vegas ……, mana lagi ya…….
Ya Allah, Ampunilah kami, penduduk akhir zaman ini atas dosa-dosa yang kami perbuat hingga kami melupakan-Mu.
Katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya… "
(Q.S. an-Naml:93)
------------------------------------------------------------------
Makkah dan Madinah adalah dua tanah haram (Al Haramain). Semua umat islam bercita-cita untuk ke sana dengan niat menunaikan kewajipan Haji dan Umrah sekali seumur hidup bagi yang mampu. Selebih dari itu adalah sunat dan niat-niat lain yang terpendam di hati kita. Biar apupun niat anda selain menunaikan kewajipan yang pertama, pastikan anda menapat wajah Baitullah dengan mata kasar dahulu sebelum membuat sebarang andaian atau pandangan terhadap kedua-dua kota suci ini.
Sesungguhnya ALlah maha mengetahui segala niat di hati kita, ALlah juga mampu membetulkan niat kita serta merta di sana. Banyak kejadian dan cerita yang berlaku di kota suci ini mengambarkan bagaimana ALlah membayar secara tunai apa-apa kesilapan kita. Tetapkan niat kita ke sana dan berserahlah kepada ALlah yang bakal menentukan segalanya.
Bagi diriku, kerinduan menatap Baitullah dan menjiwai seerah Rasulullah melebihi segala apa yang ada di sekelilingnya. Ketenangan dan keasyikkan itu melenyapkan segalanya dan menjadikan aku cemburu kepada sahabat-sahabatku yang menjadi pemastautin di sana, Mat Ja, Bakhtiar, Najib dan Akhi Taib . Yang pasti mereka dapat melepas kerinduan itu, bila-bila mereka mahu.
Serangan Jantung dan Minum Air Suam
Petanda Lazim Serangan Jantung
Komen seorang doktor pula : [fadzrizal@yahoo.com | 30/4/2008 | 8:25]
While the above-quoted bit is accurate with regard to what it says about heart attack symptoms, the implied connection between the drinking of cold water and cardiac disruption (derived from the text's having been appended to the "cold water causes cancer" e-mail) should be dismissed. Medical literature does not offer support for there being such a link.
If there were a whole lot 'o people would be DEAD!
----------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang saya pernah jumpa artikel lain minum air boleh membantu mengawal pelbagai penyakit termasuk jantung. Antara petua yang saya cuba ialah meminum air kosong setiap pagi sebelum makan apa-apa makanan sekurang-kurangnya satu gelas membantu saya menghadamkan makanan lain dengan baik.
Tips on Filling Your Car(s) Fuel
Only buy or fill up your car or bikes in the early morning when the ground temperature is still cold. Remember that all service stations have their storage tanks buried below ground. The colder the ground the more dense the fuel, when it gets warmer petrol expands, so buying in the afternoon or in the evening... Your litre is not exactly a litre. In the petroleum business, the specific grav ity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products plays an important role. A 1-degree rise in temperature is a big deal for this business. But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.
When you're filling up do not squeeze the trigger of the nozzle to a fast mode. If you look you will see that the trigger has three (3) stages: low, middle, and high. In slow mode you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created while you are pumping. All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you're getting less worth for your money.
One of the most important tips is to fill up when your tank is HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank the less air occupying its empty space. Petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation. Unlike service stations, here where I work, every truck that we load is temperature compensated so that every litre is actually the exact amount.
Another reminder, if there is a fuel truck pumping into the storage tanks when you stop to buy, DO NOT fill up -- most likely the petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom. Hope this will help you get the most value for your money.
Petua Mengatasi Kepenatan
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan
hari dengan senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Monday, April 21, 2008
Kajian Perubatan Yang Disembunyikan
Suppressed Medical Discovery: Dr. Robert C. Beck ( Cancer,AIDS, anything viral) 116 min | Aug 14, 2006 Bob Beck | www.sharinghealth.com | (135 Ratings)
In 1990, an astounding discovery was reported at Albert Einstein College of Medicine in NYC by Drs. Kaali and Wyman, resulting in Patent No....all »
In 1990, an astounding discovery was reported at Albert Einstein College of Medicine in NYC by Drs. Kaali and Wyman, resulting in Patent No. 5,188,738 being issued in 1993 entitled "Alternating Current Supplied Electrically Conductive Method and System for Treatment of Blood and/or Other Body Fluids and/or Synthetic Fluids with Electric Forces.". Their research work involved an in vitro & in vivo human Blood Electrification process, which electronically sterilizes the blood, resulting in all known pathogens, including bacteria, viruses, parasites, and fungus, being completely eliminated! Their research had been anticipated 24 years earlier in 1973 with the research involved in Patent No. 3,753,886. Not surprisingly though, due to the stranglehold, that the Pharmaceutical Cartel has in the U.S., this revolutionary clinical data was almost totally suppressed. Other than a few News Articles such as the Science News: Mar. 30, `91 pg. 207, Longevity: Dec. `92/pg. 14, and Houston Post: Mar. 20, '91 /Sect. A-10, plus the Patent No. 5,188,738, there has been a complete BLACKOUT since then in the News Media about this powerful medical technology.
Api-Air-Angin-Tanah : Sumber Kejadian
Dilihat dalam kajian pemakanan bermula dengan penapis air (water filter and purifier) diperkenal kepada kita dengan pelbagai teknologi bermula dengan air bermineral (mineral water), osmosis sonsang a.k.a RO (reverse osmosis) , air tenaga bio dan yang terakhir saya dengar menggunakan tanah liat untuk mengalkalikan air yang kita minum sebagai meneutralkan tahap keasidan air di dalam tubuh dan darah kita. Air merupakan 70% dalam tubuh dan 90% kandungan darah kita. Jadi wajarlah kita minum air yang berkualiti.
Tidak lama selepas itu teknologi merawat udara (air purifier & ionization) pula diperkenalkan di Malaysia walaupun ianya agak sudah lama di pasaran dunia. Kelewatan ini mungkin kerana kos yang agak tinggi untuk membeli peralatan ini. Namun demikian ianya akan menjadi semakin murah apabila permintaan semakin tinggi di pasaran. Antara tujuan rawatan udara adalah untuk mendapatkan ketulinan udara yang tercemar oleh ion-ion negatif yang terhasil daripada peralatan dan perkakasan elektrik yang kita gunakan di sekeliling kita. Paling kurang kosnya ada yang menggunakan lampu garam kristal yang dipercayai bertujuan meneutralkan kandungan ion udara.
Adalah tidak mustahil jika kita lihat kajian Dr. Robert Beck ini untuk merawat cel darah dengan menggunakan gelombang elektrik sebagai rawatan alternatif kepada apa yang mampu dicapai oleh rawatan alopati hari ini. Tidak jauh bezanya dengan penggunaan litar elektrik dalam menyediakan ubat-ubatan homeopati menggunakan gelombang elektrik.
Misteri Kematian Robert Beck dan Bilderberg
Seperti yang saya jangkakan, kematian misteri Dr. Robert Beck ada kaitan dengan organisasi rahsia dunia, Bilderberg terjawab di laman web answer.com. Inilah percaturan ekonomi dunia yang diatur oleh John D. Rockefeller dan "Bilderberg"nya mengawal industri pharmakautikal. Mereka mahu menjadi oder baru dunia dengan mencatur semuanya apa yang berlaku di dunia seperti Perang Teluk dan Iraq. Mereka juga di sebalik kemerosotan ekonomi dunia dan organisasi yang berdiri di belakang setiap Presiden Amerika. Mereka mencari label-label yang boleh melindungi mereka dari tindakan mereka seperti pengganas islam dan sebagainya.
Bob Beck is famous only among alt-med followers who investigate eletro-medicine (a very small, but growing group). Mainstream media has not publicized Beck properly. The subject of electro-medicine is "politically sensitive" or taboo.
He and his claims are hated by organized medicine because they are all true. Once a patient is cured, they no longer need a doctor. So doctors, hospitals, labs, government cancer labs, lobby groups, and so on all lose money.
I recently found ... about the politics of medicine ...... more from Ralph S
1. Video Suppressed Medical Discovery
2. www.sharinghealth.com
3. Inspired Mind : Health & Spirit : helmars
4. Resolved Question about Robert Beck and his inventions.
Thursday, April 17, 2008
KPI ==>>> Muslim terbaik....Insyallah.
Dear Friends,Got this from a friend of
mine and wanna share it with all of you. Hope with this KPI we gonna be a
better muslim or muslimah. Amin
KPI-KPI yg kita tak pernah develop, sebab bos kita tak pernah tanya…Tp ada SOMEBODY yg akan tanya…dan Dia akan tanya dpn semua manusia…
“LBFS=leadership behavior feedback system"
Ciri2 LBFS 1:
- Taat semua perintah Allah tanpa malas
- Taat semua perintah Nabi tanpa byk soal
- Amal cara hidup para sahabat Nabi s.a.w
- Dakwah kebesaran Allah dan iman kpd kawan2, jiran, keluarga
- Hidup utk mati dan jumpa Allah
Ciri2 Rating 1:
- Serahkan jiwa raga pada Allah
- Senang ingat Allah susah ingat Allah
- Buat amar makruf nahi mungkar
- Ingat mati 24 jam
- Baik hubungan dgn Allah baik hub dgn makhluk
- Disayangi Allah disayangi manusia…
“PPA=Personal Performance Appraisal
REWARDS PPA 1 dan LBFS 1:
- “AKU menyediakan untuk hamba-hambaKu yg soleh itu iaitu apa yang tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terbayang dlm hati seseorg. Bacalah olehmu jika kamu suka, maka tidak seorgpun yg mengetahu apa yg tersembunyi di balik matanya” (HR Bukhari)
Allah pastinya mempunyai kategori penilaian yg lebih byk drpd base, stretch 1 dan stretch 2, sesungguhnya iman setiap manusia itu berbeza tingkatnya dan Allah sajalah yg mengetahui tingkat-tingkat itu. Yg penting, ganjaran amalan bukanlah terletak pada byk mana amalan itu dibuat tetapi sejauh mana ikhlasnya hati….
_________________________
Jazakallah/Best Regards
27836089 | 0139248494 | mukaram@petronas.com.my
MB Perak Lawat Mangsa Letupan Kilang Tepung
Gambar di bawah MB Ir Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin.hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yg meratapi kehilangan bapanya. (gambar dibawah tidak mungkin tersiar di media arus perdana).
Berita Asal | 3 Mati, 4 Cedera Kilang Tepung Meletup | Utusan Online
Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
LUMUT 17 Mac - Tiga pekerja kilang mati manakala empat lagi cedera selepas kilang tepung meletup dan terbakar di Batu Undan, Segari dekat sini hari ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Supritendan Ahmad Rabawi Abd. Jamil berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.05 petang semasa beberapa orang pekerja sedang menjalankan kerja-kerja kimpalan di kilang itu.
Katanya, mangsa yang terbunuh ialah Mohd. Faizal Mohd. Said, 29, dari Kampung Tebuk Yan , Pantai Remis; Lok Lai Keat, 51, dari Taman Sejati 2, Sitiawan dan Low Pin Tin, 53, dari Sungai Pari Towers, Ipoh.
Beliau memberitahu, kerja-kerja kimpalan tersebut dilakukan dalam sebuah terowong di jeti berhampiran kilang terbabit.
‘‘Ia dipercayai disebabkan percikan api semasa kerja kimpalan berjalan. Letupan kuat berlaku sebelum diikuti dengan kebakaran di sebahagian bangunan kilang tersebut.
| From: Mufek Zailani Arif | Sent: Friday, April 11, 2008 7:26 PM |